Thursday, June 30, 2011

hye hii

Hye abang, kakak chatbox,

Jangan terus judge, aku say hye saja. Urm nampaknya ada orang yang salah faham tentang diri aku and blog aku. Pertamanya blog ini bukan blog untuk rujukan agama, Kalau orang orang yang kenal dan memang follow blog aku daripada awal. Tahu bahawa, ya, aku banyak berubah daripada dulu. Aku bangga dan kenapa aku nak pura pura aku dah berubah.

Berubah ke pura pura.

Pura pura? Aku rasa, sesiapa yang betul2 kenal aku, akan tahu aku memang tak reti berpura pura. Pura pura nak jaga hati orang pun aku tak reti. Kalau aku marah aku tunjuk aku marah. Kalau lawak kau tak lawak. Aku tidak akan pura pura gelak. Kalau kau masak tidak sedap. Aku takde nak cakap benda tu sedap. Itu aku, sometime aku rasa aku memang perlu belajar berpura pura untuk nak jaga hati orang.

Dosa mencarut tak kenal jantina.

Ada orang cakap lelaki mencarut biasa, perempuan tidak boleh terima. EH, aku tak akan ungkit pasal dosa pahala mencarut. Sebab aku tak pernah pura pura yang aku ini tidak mencarut. REALITI pun aku memang mencarut, tanya kawan kawan kelas. Budak budak rumah. Kawan kawan, gua memang mencarut. Entri entri aku, ya memang ada carutan. Tak pernah pun gua tak mengaku gua tak mencarut. TAPI dengan bangga aku boleh cakap ya, aku memang dah kurangkan kelemahan aku. Dulu every second status facebook carutan tetapi sekarang aku belajar kawal emosi. Kalau dulu, setiap entri blog ada cursing orang. Gua cuba ubah dengan ayat ayat yang ingatkan gua dengan akhirat dan kesabaran. Mostly entri entri gua sekarang adalah entri entri perli bagi diri gua sendiri. Kalau seorang sahabat dan keluarga tak boleh terima aku perempuan mencarut, sekarang juga aku janji untuk mereka aku akan slowly berubah, TIDAK bagi kenalan yang mengaku sahabat. Seseorang yang berhati lapang dan berakal tidak akan menilai seseorang atas satu aspek dan kelemahan seseorang.

Blog agama, buat rujukan, ikutan untuk diri?

Eh, jangan ikut aku. Aku sarankan. Kau jadilah diri sendiri. Maka kau tidak perlu berpura pura. Aku banyak lagi bahagian dalam diri aku nak dibuang, di jaga dan di ubah. Kalau benar benar kenal aku. Blog aku lately memang berunsur agama, as a reminder untuk diri aku. Step by step, slowly changing myself time to time. Bukan rujukan mana mana pihak. Belajar credibility sources kan, my blog is posted by me. Who is not an Islamic student, im taking science. Jadi konklusinya jangan la, baik sangat pergi buat contoh okay. Mungkin kau, iya kau jadilah panduan untuk diri aku. Aku mahu kau tunjukkan jalan tapi bukan contoh untuk aku ikuti.

Iman naik dan turun.

Hidup ni full with spices, if only kau berani jadi diri kau sendiri bukan ikut orang lain tapi hati sendiri. Hidup akan berombak ombak, pedas dan masam. Aku mula dengan jahil, aku sendiri cari makanan untuk hati aku yang hitam. Aku masih lagi di gear 1 atau 2. Tiga pun x cecah lagi. Maka bagi aku peluang untuk berubah, bawa aku ke jalan dan cahaya yang mungkin kau dah rasa dalam hati kau. Bukan hancurkan tapak tapak dan simen yang ak baru kumpul untuk aku bina iman aku.

Belajar dari persahabatan

Persahabatan macam macam kan. Perlbagai hati walau rambut sama warna. Aku bukan orang yang berdemdam lama lama. Lagi lagi dalam persahabatan. Tapi kalau dah kena banyak kali. Siapa yang bodoh, tidak belajar tapi terus berpura pura bersahabat, Memang sakit tapi jadikan rujukan dan pengalaman. Jika jumpa orang orang yang sama di masa hadapan, maka aku tahu macam mana nak treat dan hadapi orang yg perlbagai hati.

Aku,

Sepanjang aku berblog, aku tidak pernah dedahkan siapa aku, maka jika ada sesiapa yang nilai aku berdasarkan 2, 3 blog yang mungkin aku curahkan dengan emosi bukan akal tetapi nafsu, jawapannya senang sahaja. Kau tidak pun kenal aku. Aku manusia, sama seperti kau, kita tidak sempurna. Aku tidak mahu menafikan atau mengaku apa apa. Tidak ada yang perlu dinafikan. Tidak ada yang perlu diakui. Aku sentiasa aku. Aku perubahan. Akhir kata, aku akan kumpul balik simen simen serta tapak tapak aku yang sudah roboh atas sebuah persahabatan.Kau hancurkan tetapi aku sentiasa sedar, banyak lagi sahabat yang akan bantu membina.