Saturday, July 3, 2010

hijab!



syukur, banyak benda yang gua tak perasan dah gua nampak

Banyak benda yang gua syukurkan walaupun hidup gua bukan senang. Ayah guru sekolah rendah, ibu kerani tapi apa yang gua perlu ada. Mungkin yang gua mahu, gua kena usaha. Bersyukur juga gua ada kesedaran untuk pakai hijab atau perkataan Melayunya tudung. Bukan dari kecil gua sudah pakai tudung, ada masa ada ketika ada rasa untuk cantik tidak bertudung. Pelbagai fesyen rambut serta warna. Tetapi makin meningkat usia, makin mengenal dunia, makin banyak berkAwan, makin mencari ilmu. Perasaan itu datang sendirinya. Rasa tanggung jawab sebagai muslim. Masih ketika ini, masih tetap membina teguh iman, supaya rasa ini gua ada sampai bila bila. Ya Allah sentiasakan aku sentiasa di jalan mu.

Short film yang gua jumpa kat Youtube buat gua syukur, kerana di Malaysia tiada halangan untuk beragama. Tudung bukan seksaan bagi wanita seperti mana kaum kaum kafir yang tidak berfikiran terbuka. Yang mendiskriminasi bagi mereka yang memakai hijab dimana tujuannya dalam Islam ialah menutup aurat.