Thursday, June 3, 2010

hello, kali kedua.

Blog ini ialah blog kedua gua. Gua decide untuk tutup account lama gua kerana terdapat masalah yg tidak dapat gua selesaikan, berdasarkan latar belakang gua yang lemah dengan code2 html dan laen2. Maka terhasil lah, HYE ROCKY LABU IM JOE LABI. Gua pilih tajuk ini kerana gua suka P. Ramlee. Suka gua bukan suka biasa, sbb gua byk kali kena sebat dengan ayah gua kerana bagi alasan mahu tgk P. Ramlee rather than pergi ke tadika. Tapi tidak kisah lah, itu cerita lama.

Lagi satu sebab munasababnya, gua tidak boleh berpisah dengan ayah gua. Ayah gua everything bagi gua. Al maklumlah gua sudah mahu berangkat untuk menghadapi fasa baru bagi hidup gua. Kerana dulu apa2 berlaku gua cerita sama ayah. Gua kena buli ke, gua buli orang ke, suma gua share sama ayah. Nak call, nnt xde duit pulak gua nak text fans2 gua. Maka, gua ajar ayah gua guna blog. Makanya hari2 ayah boleh tahu cerita gua.